LAWATAN. Kira-kira 200 penduduk berpeluang mendapatkan gambaran tentang pembangunan perindustrian melalui lawatan ke Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Beserah di Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, lawatan itu melibatkan penduduk dari daerah Beserah, Balok dan Cherating.
Menurutnya, program lawatan itu bertujuan bagi mendedahkan kepada penduduk tentang peluang pembangunan di MCKIP bagi menjana ekonomi setempat.
Turut hadir Pengurus IJM Land, Tan Guan Lee; Pengurus Besar Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Saifol Bahri Mohd. Shamlan serta Pengarah Pejabat Perdagangan Antarabangsa dan Industri Wilayah Pahang, Amilia Suraya Mohd Ariff.
Source: kosmo.com.my